\\Hanan Gurlz//

Bonjour!

Welcome to my blog. Drop AWESOME words here. Follow me okeyh?. 
heyp!korang sudi singgah sini? wah!! thank you so much friends




Love Rasulullah




My Melody

The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana sha
Other:

MENJADI SEORANG YANG PENYAYANG
Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (Hadis Riwayat Muslim)
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Taghobun : 14)
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Nuur : 22)

CARA UNTUK MENGUBAH SESUATU
INGATLAH KATA2 INI~
"KETIKA AKU MASIH MUDA,AKU INGIN MENGUBAH SELURH DUNIA.LALU AKU SEDARI,BETAPA SUKAR UNTUK MENGUBAH SELRUH DUNIA.LALU AKU PUTUSKAN UNTUK MENGUBAH NEGARAKU SAJA.KETIKA AKU SEDARI BAHAWA AKU TIDAK BOLEH MENGUBAH NEGARAKU,AKU MULA BERUSAHA MENGUBAH BANDARKU.KETIKA AKU SEMAKIN TUA,AKU SEDARI TIDAK MUDAH  MENGUBAH BANDARKU.MAKA AKU MULA MENGUBAH KELUARGAKU.KINI AKU SEMAKIN TUA,AKU PU TIDAK BOLEH MENGUBAH KELUARGAKU.AKU SEDAR BAHAWA SATU-SATUNYA YANG BOLEHKU UBAH ADALAH DIRIKU SENDIRI.

TIBA-TIBA AKU TERSEDAR BAHAWA JIKA AKU MENGUBAH DIRIKU SEJAK DAHULU,AKU PASTI BOLEH MENGUBAH KULUARGAKU DAN BANDARKU.PADA AKHIRNYA AKU AKAN MENGUBAH NEGARAKU DAN MENGUBAH SELURUH DUNIA INI."

TIDAK ADA YANG BOLEH KITA UBAH SEBELUM KITA MENGUBAH DIRI KITA SENDIRI.TAK BOLEH KITA MENGUBAH DIRI SENDIRI SEBELUM MENGENAL DIRI SENDIRI.TAKKAN KENAL DIRI SENDIRI SEBELUM MAMPU MENERIMA DIRI INI APA ADANYA.


AKU INGIN MENJADI BAIK

Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.  

Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!